Sabtu, 14 Januari 2017

"Kampung Kita Tanggungjawab Kita"








JAMUAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL YANG DIADAKAN DI SURAU TAMAN SONGKET/KAMPUNG SUNGAI PASIR KECIL

Jamuan Sempena Sambutan Maulidur Rasul pada 25/12/2016


Pengerusi KRT Taman Songket, En. Ariffin bin Salleh


Program di anjurkan oleh Jawatankuasa KRT Taman Songket dan JKKK Sungai Pasir Kecil

Mesyuarat Bulanan JKKK Sungai Pasir Kecil bagi bulan November 2016


Sekitar Mesyuarat Bulanan JKKK.
Cadangan perlantikan Ahli JKKK yang baru oleh semua yang hadir dan dipersetujui oleh Pengerusi JKKK.





MINIT MESYUARAT JKKK KG SUNGAI PASIR KECIL BAGI BULAN NOVEMBER 2016

Tarikh : 18 November 2016
Masa.            : 8.00pm
Tempat                        : Teratak Fauzira
Perkara                        : Mesyuarat JKKK Kg Sungai Pasir Kecil
Bil Kehadiran              : 15 orang

Senarai nama yang hadir

Khairun Hidayat bin Fadzil
Roslan bin Ain
Cairol Isna bin Md Isa
Yahya bin Hussain
Yaakob bin Hashim
Abdul Gani bin Ahmad
Ariffin bin Salleh
Shahidan bin Ain
Siti Zoyah binti Yusoff
Itam binti Yusuf
Zaitun binti Yusoff
Siti Hasmah binti L.Abd Manaf
Selmah binti Ain
Salamah binti Ali
Zurina binti Yusuf

1. UCAPAN PENGERUSI

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan mengalu-alukan dan ucapan terima kasih atas kehadiran semua.
Tindakan : Makluman

2. OBJEKTIF

Objektif mesyuarat yang diadakan ini adalah bagi membincangkan isu-isu serta permasalahan yang timbul dikalangan masyarakat kampung seterusnya menyusun, memperkasa, merancang serta membuat transformasi kearah penambahbaikan sistem penyeliaan urustadbir organisasi JKKK Sungai Pasir Kecil Pasir Kecil dalam menyampaikan hasrat kerajaan untuk membandarkan kawasan luar bandar agar penduduk mendapat kehidupan yang lebih baik dimana pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dapat dinikmati oleh penduduk luar bandar sejajar dengan pembangunan negara.
Tindakan : Makluman

3. FUNGSI DAN PERANAN JKKK

Pengerusi menerangkan fungsi dan peranan organisasi serta penubuhan jawatankuasa kecil yang dikenali sebagai biro untuk memastikan organisasi dapat ditadbir dengan ancer dan berkesan.
Pengerusi memaklumkan seseorang ahli JKKK mestilah mempunyai sifat-sifat terpuji yang akan memberi contoh teladan yang baik kepada penduduk setempat dan hendaklah mengamalkan ciri-ciri berikut ;

  1. Bersih
  2. Cekap
  3. Amanah
  4. Adil
  5. Kekuatan
  6. Bertanggungjawab
  7. Berdisiplin
  8. Berdikari
Tindakan : Makluman

4. PERLANTIKAN SETIAUSAHA DAN ROMBAKAN AJK

Pengerusi memaklumkan perlantikan ahli baru bagi mengantikan individu yang tidak dapat meneruskan jawatan sebagai Ajk JKKK dan membuat rombakan bagi jawatankuasa yang sedia ada termasuk jawatan setiausaha memandangkan beberapa orang ahli tidak dapat meneruskan tugas mereka seterusnya melantik ahli baru dan ahli sediada. Senarai keahlian JKKK yang baru adalah seperti berikut ;


  1. Pengerusi : En. Khairun Hidayat bin Fadzil
  2. Tim.Pengerusi     : En. Roslan bin Ain
  3. Setiausaha : En. Cairol Isna bin Md Isa
  4. Bendahari : En. Yahya bin Hussain
  5. Ajk                    : En. Ariffin bin Salleh
  6. Ajk                    : Pn. Zurina binti Yusuf
  7. Ajk           : Pn. Siti Zoyah binti Yusoff
  8. Ajk                    : Pn. Siti Hasmah binti L.Abd Manaf
  9. Ajk           : En. Yaakob bin Hashim
  10. Ajk          : Pn. Zaiton binti Yusoff
  11. Ajk                    : Pn. Salamah binti Ali
  12. Ajk                    : En. Abdul Gani bin Ahmad
  13. Ajk                    : Pn. Selmah binti Ain
  14. Ajk                    : Pn. Itam binti Yusuf
  15. Ajk          : En. Shahidan bin Ain

Tindakan : Cadangan disokong oleh semua yang hadir

5. PERLANTIKAN JAWATANKUASA KECIL/BIRO

Pengerusi mencadangkan perlantikan jawatankuasa kecil/biro dan pemilihan pengerusi biro dibuat secara sukarela. Senarai nama pengerusi-pengerusi biro adalah seperti berikut :

  1. Biro Ekonomi dan Keusahawanan.    : En. Yaakob bin Hashim
  2. Biro Pembangunan dan Keselamatan.        : En. Roslan bin Ain
  3. Biro Agama dan Kebajikan          : En. Ariffin bin Salleh
  4. Biro Belia dan Sukan          : En. Abdul Gani bin Ahmad
  5. Biro Penerangan dan Hal Ehwal Wanita : Pn. Itam binti Yusuf
  6. Biro Kesihatan          : Pn. Zurina binti Yusuf
  7. Biro Pendidikan          : Pn. Selmah binti Ain
  8. Biro Kebersihan dan keceriaan          : Pn. Salamah binti Ali

Tindakan : Cadangan disokong oleh semua AJK

6. ISU-ISU SEMASA

Pn. Siti Zoyah binti Yusoff memohon lampu jalan bagi menerangi laluan kawasan kampung yang gelap.
Pn. Siti Hasmah binti L. Abd Manaf memohon untuk membaiki jalan sedia ada yang mengalami kerosakan serta menurap jalan baru bagi laluan yang masih belum ada jalan tar.
Tindakan : Pengerusi

En. Ariffin bin Salleh memohon membuat bonggol jalan untuk laluan utama Taman Songket agar pengguna memperlahankan kenderaan yg menggunakan laluan tersebut bagi mengelakkan kemalangan.
Tindakan : Permohonan di buat melalui KRT T. Songket

Pn. Zurina binti Yusuf memohon taman  permainan kanak-kanak sedia ada di selenggara semula dan penambahan peralatan ditaman permainan tersebut bagi aktiviti yang menyeronokkan untuk kanak-kanak.
Tindakan : Pengerusi

En. Yaakob bin Hashim mencadangkan untuk menubuhkan Industri Kecil dan Sederhana di Kampung Sungai Pasir Kecil serta menjadikan IKS tersebut sebagai satu pusat pengumpulan produk-produk orang kampung untuk di komersilkan di pasaran luar seterusnya memberi peluang pekerjaan kepada penduduk kampung dalam menjana pendapatan.
Tindakan : Makluman

En. Roslan bin Ain mencadangkan untuk menjadikan rumah beliau yang beralamat No.147, Kampung Baru Sungai Pasir Kecil, Jalan Kuala Ketil, 08000 Sungai Petani, Kedah sebagai dewan sementara bagi melancarkan urustadbir serta aktiviti JKKK.
Tindakan : Makluman

7. HAL-HAL LAIN

Elaun Mesyuarat

Setiap ahli Jawatankuasa JKKK akan diberikan elaun seperti berikut :

  • Pengerusi : Rm800.00/bulan
  • Setiausaha : Rm300.00/bulan
  • Ajk          : Rm50.00/bulan
  • Pengurusan : Rm100.00/bulan

Tindakan : Makluman

Akaun Kewangan JKKK

Jawatankuasa yang hadir telah membuat persetujuan dengan menerima cadangan pengerusi untuk membuka sebuah akaun bank baru diatas nama JKKK Kampung Sungai Pasir Kecil bagi menggantikan akaun lama serta memudahkan pembukuan wang keluar masuk untuk aktiviti JKKK. Cadangan membuka akaun baru ini dilakukan di Bank Simpanan Nasional cawangan Sungai Petani. Jenis akaun yang dicadangkan oleh pengerusi ialah akaun organisasi. Ajk yang hadir  telah mencadangkan 3 penama bagi pemegang akaun dan nama-nama tersebut ialah :


  • Pengerusi : En. Khairun Hidayat bin Fadzil
  • Setiausaha         : En. Cairol Isna bin Md Isa
  • Bendahari : En. Yahya bin Hussain

Pengelolaan akaun boleh dibuat dengan cara melalui dua daripada tiga penama tersebut.

Tindakan : Cadangan disokong oleh semua AJK

8. PENANGGUHAN MESYUARAT

Pengerusi mengucapkan ribuan ribuan terima kasih kepada semua ahli JKKK yang hadir mesyuarat dan berharap dapat kekalkan kehadiran ahli didalam mesyuarat akan datang. Pengerusi juga berharap kepada ahli yang tidak dapat hadir hendaklah memaklumkan tentang ketidakhadiran ahli.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 malam dengan ucapan terima kasih dari tuan Pengerusi.
Tindakan : Makluman