JKKK Kg Sungai Pasir Kecil adalah merupakan satu wadah yang menjadi penghubung antara penduduk sekitar Kg Titi Mandi Lembu , Tmn Songket, Tmn Songket Indah, Tmn Sri Impian, Tmn Sutera Jaya dan kawasan sempadan antara Kg Sungai Pasir Kecil dan Kg Batu 2. Buat masa sekarang JKKK ini dipengerusikan oleh Sdr. Khairun Hidayat bin Fadzil. Anda boleh menghantar sebarang komen dan aduan melalui email seperti yang tersedia jkkksgpasirkecil@yahoo.com "KAMPUNG KITA TANGGUNGJAWAB KITA"
Sabtu, 14 Januari 2017
JAMUAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL YANG DIADAKAN DI SURAU TAMAN SONGKET/KAMPUNG SUNGAI PASIR KECIL
Jamuan Sempena Sambutan Maulidur Rasul pada 25/12/2016
Pengerusi KRT Taman Songket, En. Ariffin bin Salleh
Program di anjurkan oleh Jawatankuasa KRT Taman Songket dan JKKK Sungai Pasir Kecil
Mesyuarat Bulanan JKKK Sungai Pasir Kecil bagi bulan November 2016
Sekitar Mesyuarat Bulanan JKKK.
Cadangan perlantikan Ahli JKKK yang baru oleh semua yang hadir dan dipersetujui oleh Pengerusi JKKK.
Tarikh : 18 November 2016
Masa. : 8.00pm
Tempat : Teratak Fauzira
Perkara : Mesyuarat JKKK Kg Sungai Pasir Kecil
Bil Kehadiran : 15 orang
Senarai nama yang hadir
Khairun Hidayat bin Fadzil
Roslan bin Ain
Cairol Isna bin Md Isa
Yahya bin Hussain
Yaakob bin Hashim
Abdul Gani bin Ahmad
Ariffin bin Salleh
Shahidan bin Ain
Siti Zoyah binti Yusoff
Itam binti Yusuf
Zaitun binti Yusoff
Siti Hasmah binti L.Abd Manaf
Selmah binti Ain
Salamah binti Ali
Zurina binti Yusuf
1. UCAPAN PENGERUSI
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan mengalu-alukan dan ucapan terima kasih atas kehadiran semua.
Tindakan : Makluman
2. OBJEKTIF
Objektif mesyuarat yang diadakan ini adalah bagi membincangkan isu-isu serta permasalahan yang timbul dikalangan masyarakat kampung seterusnya menyusun, memperkasa, merancang serta membuat transformasi kearah penambahbaikan sistem penyeliaan urustadbir organisasi JKKK Sungai Pasir Kecil Pasir Kecil dalam menyampaikan hasrat kerajaan untuk membandarkan kawasan luar bandar agar penduduk mendapat kehidupan yang lebih baik dimana pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dapat dinikmati oleh penduduk luar bandar sejajar dengan pembangunan negara.
Tindakan : Makluman
3. FUNGSI DAN PERANAN JKKK
Pengerusi menerangkan fungsi dan peranan organisasi serta penubuhan jawatankuasa kecil yang dikenali sebagai biro untuk memastikan organisasi dapat ditadbir dengan ancer dan berkesan.
Pengerusi memaklumkan seseorang ahli JKKK mestilah mempunyai sifat-sifat terpuji yang akan memberi contoh teladan yang baik kepada penduduk setempat dan hendaklah mengamalkan ciri-ciri berikut ;
- Bersih
- Cekap
- Amanah
- Adil
- Kekuatan
- Bertanggungjawab
- Berdisiplin
- Berdikari
4. PERLANTIKAN SETIAUSAHA DAN ROMBAKAN AJK
Pengerusi memaklumkan perlantikan ahli baru bagi mengantikan individu yang tidak dapat meneruskan jawatan sebagai Ajk JKKK dan membuat rombakan bagi jawatankuasa yang sedia ada termasuk jawatan setiausaha memandangkan beberapa orang ahli tidak dapat meneruskan tugas mereka seterusnya melantik ahli baru dan ahli sediada. Senarai keahlian JKKK yang baru adalah seperti berikut ;
- Pengerusi : En. Khairun Hidayat bin Fadzil
- Tim.Pengerusi : En. Roslan bin Ain
- Setiausaha : En. Cairol Isna bin Md Isa
- Bendahari : En. Yahya bin Hussain
- Ajk : En. Ariffin bin Salleh
- Ajk : Pn. Zurina binti Yusuf
- Ajk : Pn. Siti Zoyah binti Yusoff
- Ajk : Pn. Siti Hasmah binti L.Abd Manaf
- Ajk : En. Yaakob bin Hashim
- Ajk : Pn. Zaiton binti Yusoff
- Ajk : Pn. Salamah binti Ali
- Ajk : En. Abdul Gani bin Ahmad
- Ajk : Pn. Selmah binti Ain
- Ajk : Pn. Itam binti Yusuf
- Ajk : En. Shahidan bin Ain
Tindakan : Cadangan disokong oleh semua yang hadir
Pengerusi mencadangkan perlantikan jawatankuasa kecil/biro dan pemilihan pengerusi biro dibuat secara sukarela. Senarai nama pengerusi-pengerusi biro adalah seperti berikut :
- Biro Ekonomi dan Keusahawanan. : En. Yaakob bin Hashim
- Biro Pembangunan dan Keselamatan. : En. Roslan bin Ain
- Biro Agama dan Kebajikan : En. Ariffin bin Salleh
- Biro Belia dan Sukan : En. Abdul Gani bin Ahmad
- Biro Penerangan dan Hal Ehwal Wanita : Pn. Itam binti Yusuf
- Biro Kesihatan : Pn. Zurina binti Yusuf
- Biro Pendidikan : Pn. Selmah binti Ain
- Biro Kebersihan dan keceriaan : Pn. Salamah binti Ali
Tindakan : Cadangan disokong oleh semua AJK
6. ISU-ISU SEMASA
Pn. Siti Zoyah binti Yusoff memohon lampu jalan bagi menerangi laluan kawasan kampung yang gelap.
Pn. Siti Hasmah binti L. Abd Manaf memohon untuk membaiki jalan sedia ada yang mengalami kerosakan serta menurap jalan baru bagi laluan yang masih belum ada jalan tar.
Tindakan : Pengerusi
En. Ariffin bin Salleh memohon membuat bonggol jalan untuk laluan utama Taman Songket agar pengguna memperlahankan kenderaan yg menggunakan laluan tersebut bagi mengelakkan kemalangan.
Tindakan : Permohonan di buat melalui KRT T. Songket
Pn. Zurina binti Yusuf memohon taman permainan kanak-kanak sedia ada di selenggara semula dan penambahan peralatan ditaman permainan tersebut bagi aktiviti yang menyeronokkan untuk kanak-kanak.
Tindakan : Pengerusi
En. Yaakob bin Hashim mencadangkan untuk menubuhkan Industri Kecil dan Sederhana di Kampung Sungai Pasir Kecil serta menjadikan IKS tersebut sebagai satu pusat pengumpulan produk-produk orang kampung untuk di komersilkan di pasaran luar seterusnya memberi peluang pekerjaan kepada penduduk kampung dalam menjana pendapatan.
Tindakan : Makluman
En. Roslan bin Ain mencadangkan untuk menjadikan rumah beliau yang beralamat No.147, Kampung Baru Sungai Pasir Kecil, Jalan Kuala Ketil, 08000 Sungai Petani, Kedah sebagai dewan sementara bagi melancarkan urustadbir serta aktiviti JKKK.
Tindakan : Makluman
7. HAL-HAL LAIN
Elaun Mesyuarat
Setiap ahli Jawatankuasa JKKK akan diberikan elaun seperti berikut :
- Pengerusi : Rm800.00/bulan
- Setiausaha : Rm300.00/bulan
- Ajk : Rm50.00/bulan
- Pengurusan : Rm100.00/bulan
Tindakan : Makluman
Akaun Kewangan JKKK
Jawatankuasa yang hadir telah membuat persetujuan dengan menerima cadangan pengerusi untuk membuka sebuah akaun bank baru diatas nama JKKK Kampung Sungai Pasir Kecil bagi menggantikan akaun lama serta memudahkan pembukuan wang keluar masuk untuk aktiviti JKKK. Cadangan membuka akaun baru ini dilakukan di Bank Simpanan Nasional cawangan Sungai Petani. Jenis akaun yang dicadangkan oleh pengerusi ialah akaun organisasi. Ajk yang hadir telah mencadangkan 3 penama bagi pemegang akaun dan nama-nama tersebut ialah :
- Pengerusi : En. Khairun Hidayat bin Fadzil
- Setiausaha : En. Cairol Isna bin Md Isa
- Bendahari : En. Yahya bin Hussain
Pengelolaan akaun boleh dibuat dengan cara melalui dua daripada tiga penama tersebut.
Tindakan : Cadangan disokong oleh semua AJK
8. PENANGGUHAN MESYUARAT
Pengerusi mengucapkan ribuan ribuan terima kasih kepada semua ahli JKKK yang hadir mesyuarat dan berharap dapat kekalkan kehadiran ahli didalam mesyuarat akan datang. Pengerusi juga berharap kepada ahli yang tidak dapat hadir hendaklah memaklumkan tentang ketidakhadiran ahli.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 malam dengan ucapan terima kasih dari tuan Pengerusi.
Tindakan : Makluman
Langgan:
Catatan (Atom)